Tuesday, May 7, 2024

aidan dan rutin




 assalamualaikum, 

tergerak harini nak bukak blogspot beoma92. kisah pasal aidan.

sekarang tengah study untuk medex. exam bulan lapan. tapi hampeh belajar tak belajar je. member semua keluar lunch and ada yang balik. tapi abah ingat nak study je. lunch dengan protein shake and chia seed. sebab nak jaga makan lah konon. berat dah naik berkilo kilo lepas raya.

papehal blog ini tetap pasal aidan.


tadi abah duk tengok video aidan. semalam ada rakam. aidan main colour2 buku gambar robot dengan abah. tu rutin aidan. masalahnya rutin tu aidan buat lepas dah masuk tidur. ajak abah keuar semata nak tengok tv kononnya. macam biasa. aidan takkan dengar kata pujuk rayu abah. tetap nak menang. semalam abah give up je , abah ons je aidan ajak keluar.

lepas tengok tv main alih alih channel. aidan suruh abah bacakan 3 buku. penat jugak nak habiskan dengan mengantuknya. dengan panasnya sebab dah off aircond. habis 3 buku ingat dah nak tidur, aidan ajak colour2 pulak.. berasa nak naik angin jugak sebab abah dah penat, ngantuk. and plan nak bangun study malam tu so abah tak nak tidur lambat sangat.

tapi abah ons je, abah main colour 2 dengan aidan. abah tak berapa marah2. lepas tu bila aidan dah penat baru kita masuk tidur. 


cumanya abah sedih, banyak kali abah cepat marah bila aidan ajak berutin macam tu. padahal aidan cuma nak spend masa buat rutin aidan yang indirectly dah bagi abah peluang lepak dengan aidan. satu fasa yang satu hari nanti akan hilang bila aidan semakin membesar. 

bodohnya abah. satu hari nanti abah mesti menyesal sebab tak luangkan masa betul betul. abah harap malam ni aidan ajak lagi abah. abah nak teman aidan.

kita alih2 channel tv. kita main colour2. abah nak bacakan buku and what not.

abah nak teman aidan. 



coretan tak habis 15 april 2023

lama tak update. too many things going around. mixed emotion. very roller coaster. always has been. and any other day hassss never been any easier. sehari demi sehari rasa makin penat. aku tak taw la macam mana keadaan mental aq dan bini. rasa macam nak gila. sehari demi sehari makin gila.


we dont know lah apa tak kena dengan aidan ni. our firstborn but he is wayyy so different. we are so exhausted. ada hari yang senang handle. ada hari yang kami rasa bagai nak hilang waras. and mostly we are on the edge of losing our mental conciousness.


tak paham la anak apa yang tak kena tapi umi abah rasa penat sangat. rasa macam tak larat snagat. rasa kalau cerita pada sapa sapa pon takkan ada yang paham. kami putuskan untuk hanya pendam. kalau gila pon biar umi abah je yang gila.


aku penat tengok bini aq. kepenatan yang dia alami. sehari demi sehari hanya semakin meragut sebarang sisa sisa kesabaran yang tinggal. seceput. aku tak tahu macma mana nak cerita dekaet sini but no point. aku tulis sekadar untuk aq tetap ingat sebab suatu hari nanti mesti aq akan lupa tapi aku taka nak lupaka segala yang dah berlaku. segala pena lelah yang kami hadpai buir tertulis didini asal kami sedar yang ianya ak pernah mudah dan ianya sedikit demi sedikit membunuh diri kami/.

Thursday, June 16, 2022

Aidan and Thursday Tantrum

kenapa thursday?

hokayy sebab selalu i suka bawak my wife and kids keluar on thursday, walaupon jumaat nya i still kerja but thursday got its own vibe, macam chillin vibe gitu so hari khamis suka jalan jalan.tapi aidan ni tantrum mestila tak ikut hari. 

yang nak cerita ni tak ingat dah jalan sampai mana rasanya tak jauh macam selalu. sekadar cari kopi dan chillin2 dalam kereta dengan family dekat kuala terengganu je kot. amirah mesti ingat. i dont always remember the details.

and aidan macam okay je. dia asal naik kereta jalan jalan always okay. cuma masa balik kali tu je. memang dia always ada desire dia sendiri. most of the time lah, in every things and routine. semua ada jeee desire nak buat sendiri. and rasanya haritu i postnight and post pm shift jgk kot. macam campur2 penat sikit so tak larat sangat nak layan karenah aidan ni.

apa yang jadi was, bila sampai je depan pagar around kul 10 malam kot. so si aidan ni suruh keluar balik dan buat another 1 pusingan sebab dia tak puas hati dah sampai rumah dah. actually memang kerap jadi camtu, mostly sebab i malas nak layan tantrum dia so i ikut je. undur balik kereta all the way dekat lorong tu and then pusing 1 short route, tapi kalau jalan jammed and kereta banyak tu rasa macam geram jugak la. so that night i macam fine i buat 1 pusing satu round, short trip.

dah elok sampai depan pagar tu dia cakap nak turun and nak bukak pagar tu sendiri. tengah tengah malam ni hoi. nak leceh leceh bawak turun bukak pagar and obviously kena masukkan balik dalam kereta sebab i nak park kereta balik. so that time we decided tak nak ikut sangat semua angin dia. so whats happen is dia mengamuk. we keep on being strict and straight, so trigger ah tantrum dia. mengamuk melolong. pastu mula hilang arah lari lari dalam rumah pakai selipar menangis2 muka habis basah air liur lah, air mata lah, hingus lah. suruh umi dia buatkan susu, pastu tiber suruh umi dia buang balik susu. yup, dia macam lost dah apa yang dia nak. 


(my draft stopped right there, tak sempat nak habiskan sebab I was typing in masa takde patient dekat clinic, now that it has been 2 months since I wrote in only now I'm getting back to blog rasanya dah lupa what i was planning to share, and this two months hasnt been easier but new challenge and hardship both of us are going through will always be whats making us a better parent, so ill just publish that one and heres a gallery of aidan's mid tantrum)










nope, not a pic of his tantrums


Wednesday, April 13, 2022

The birth of my second child

Salam

Umur aiyaz dah masuk sebulan baru abah ada masa nak taip. Actually time to time tu memang ada masa tapi mostly not in the mood and sibuk dengan benda lain. se lagi sebab nak menghormati ramadhan kan, gituu haha now sempat nak taip sebab kerja malam and alhamdulillah tak ramai orang.

al kisahnya pasal kelahiran aiyaz.

masa aiyaz lahir, he was around another day nak masuk 39 weeks. and masa tu still ada dekat tok jembal. memang dah plan nak hantar umi and aidan balik tanah merah kalau still tak beranak approaching 40 weeks sebab kalau dekat tanah merah lagi selamat. sebab ada ma, abah and abang ipar. kalau dekat sini takut dia nak terberanak masa abahnya tengah kerja. bimbang jugak. sebab umi aiyaz ni memang precipitate labour. masa aidan haritu pon lepas setengah jam ruptured membrane terus beranak.

so this time. still ada dekat tok jembal and i was working overnight, it was supposed to be my last time untuk kerja overnight that week sebab i dah mintak dekat bosses nak kurangkan kerja malam takut amirah nak terberanak and she did start to have contractions that time. masa kerja tu dia duk mesej yang contraction was getting more regular and quite pain la. tapi katanya it was not that bad so macam bleh tahan lagi. tapi seriauuu. i was also having bad sinusitis that time. kepala berdenyut kaw kaw muka ni rasa bengkak gila. cannot even sleep that night patient ramai and bimbangkan amirah.

so keep asking for updates from her macam all the night pon dia macam berjaga maybe because of the pain. right at 8 am sharp i shoot balik rumah check VE amirah sekali 3 cm. tu pon loose 2 cm memang tak stretch. panicccc panic panic. i told her not to get panic tapi the truth is memang i yang panic gila hahaha umi dia tenang je actually. rasa lose nak prepare apa nak bawak balik haha so almost at 9 kunci rumah semua vrooommm pecut balik tanah merah. journey was less than 2 hours dah sampai.
tapi dalam kereta tu memang amirah muka duk tahan sakit. contraction tu memang getting worse and worse.
aidan luckily so behave dalam kereta. dengan tak mandi nya muka bangun tidur lagi haha

sampai je tanah merah jumpa tokma aidan was so behave tak sangka semudah tu nak tinggalkan dia. dahla lama dah tak jumpa tokma then umi abah dua dau dah naik kereta pon seemingly he understood that he needed to stay at home sebab umi nak kena pergi hospital sebab nak terberanak.

sampai hospital tanah merah masuk PAC then I sendiri yang check amirah, os was around 4 cm. masa ongoing ctg splashhh !! air ketuban pecah. that time memang real contraction punya deal, raut muka amirah betul betul lain macam punya tahan sakit. that pain definitely is different one. memang very painful. kesian sangat ya allah. lepas tu terus tolak masuk labour room, pindah dia atas katil, few minutes atas katil she was battling with excrutiating pain once checked, os dah fully ! second stage dalam 5 minutes camtu, then with my own hand, muhammad aiyaz is delivered into this world and with my own hand, i detached him from amirah's womb. alhamdulillah ya rabbi. 
one very precipitated labour nasib baik takde complication. alhamdulillah.

amirah pon cepat recovering from the event. looks so calm and chill. very amazing woman she is. she always is ! hebatnya awak sayang.

aiyaz kena triage kejap sebab ada eruption cyst dekat gum dia. tapi malam tu dah boleh balik ke umi dia. then next day dah discharged. and im so thankful to whollleee staffurses and everyone included sebab begitu memudahkan proses. everyone was so kind and helpful and nice. sayang semuaa. rindu sangat semua.


.
.
.
.
.
.
now we are 1 month later already. aiyaz is a different one from his brother. and i will get into the details later. 

muhammad aiyaz



our last welfie of three together. 2 days before delivery of aiyaz

Wednesday, March 23, 2022

Aidan admited in Salam Hospital

Salam. now i wanna talk and cerita pasal admission aidan dekat hospital salam last few weeks, on 2 march.

Since kami letak dia di taska memang he had few episodes of flu and urti. mainly sebab circulating virus dekat taska kot. sebab me and umi dia memang sihat je takde urti or anything and aidan tak expose to any outsiders. but it was never a really big deal. 

cumanya that day, dia ada batuk for 1 day. tak demam just batuk, batuk tu pon masa malam dia dapat severe infection tu. all night long he was coughing. then in the morning sihat takde pape and actually looks so well so we just decided to send him to taska as usual sebab i got to work and umi dia pon sama.

so suddenly dapat mesej from teacher aidan that demam dia reached 38 degree. umi dia pergi ambik dia dan dalam kereta tu memang monyok je. he was never like that in car. memang selalunya happy and playful. 






sampai salam hospital all the process didnt take long tapi memang dia start getting tachypnoiec and dekat salam tu suhu sampai 40 degree. admitted and influenza test came out dia dapat both infection of influenza A and B. and xray pon ada bit of pneumonic features. needing dosages of tamiflu and neb for rhonci dekat lung dia. quite of bronhcospasms jugak. 




wooooorrrsssstttt tantrummmm evahhhh !


memang tantrum kaw kaw. semua benda tak kena itu tak kena ini tak kena. i am losing my mind and temper all the time. tapi tak burst je. and umi dia pon, she is the calmest person i ever see. she stay calm and the only moment she would ever reach her limit pon she wouldnt scream or burst cuma dia akan nangis.

maybe i should not be telling this but my blog tak public and private.

we burst to tears. bila amirah nangis. i couldnt help myself so i nangis, so bad, so bad and ugly. and we all hugged. aidan pon, tiba tiba aidan dari tengah tantrum tu came to umi dia and start crying macam in guilty and wiping umi dia punya air mata. we are just so tired and all. and we all hugged that night.

and actually, that was the last time dia tantrum teruk macam tu, his voice jadi hoarsy sebab kuat sangat meraung.

few days later aidan got better and discharged. even so day 1 discharged tu dia quite fatigue. but then he got fully recovered and actually became a little different. in so many good ways.







Monday, March 21, 2022

Perak trip !

Salam, 

Last 2 weeks Aidan had a trip to Perak, tapi baru harini sempat menulis/taip. Sebab last week we got a big event yang tu i akan cerita in next posting.

The main purpose of the trip was attending Burg's wedding. (paksedara tak bertalian darah aidan haha). 

So bertolak dari terengganu balik ke kelantan dulu, sebab nak attend wedding Ell. Then terus ke Tanah Merah ambik tokma.
The trip was so fun. Aidan actually tak berapa sihat sebab ada stomatitis. Habis ulcer naik dekat mulut, so we thought gonna be quite cranky tapi sebab tokma teman aidan on the road dekat seat belakang, they became really good friend and aidan tak cranky langsung instead was a really good boy along the journey. 

We arrived bota kiri malam sikit. Dapat jumpa my sister in law and aidan got to meet his cousin, Hadi and Husna. Cuma nak tidur malam tu agak susah. Mainly sebab his tongue is quite painful.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ok tak sempat nak habiskan draf tadi. fast forward. i sambung taip ni on 22/3/2022. baru naik kerja after paternal leave. yess, alhamdulillah Aiyaz is born on 14/3/2022. looking forward to start typing on a post regarding his delvieryyyy.
.
.
.
.
.
ok sambung balik pasal aidan in Perak. ill just simplify sebab banyak cerita tertangguh haha. So the next day we went to burg punya wedding, hujan lebat but aidan was very nice in the car menunggu the rain gets better supaya kitorang dapat berlari ke khemah haha. instead sebab dia tak beberapa sihat he sat nicely and tak berlari sana sini sangat during the event. sat still on his chair makan the only kerepek his tongue can accept. then berdrama air mata sedikit atas pelamin masa nak ambil gambar :D.

sebelum balik kelantan, singgah kl dulu stay overnight. takdela kl sangat. selayang je. pagi esoknya makan di fazlina maju yabedabedu. lama tak pekena roti canai mamak. sodpa aidan tibai neslo abah. -.- pastu nak bawak balik gelas plastik takleh move on neslo sedap sangat. last last bagi jugak dekat ane tu.

boom tetibe tantrum dalam kereta. all the way dr gombak sampai raub. 2-3 kali abah stop tepi highway. sebab takut sakit tekak meraung dalam kereta. abahnya okay je kalau drive sambil dia meraung tapi kang biar sangat kang sakit tekak. jeng. last last okay lepas berhenti dekat 10 minit lepas tol tepi kaki bukit. ayyo. anakku.

lpt drive was mad scary. sebab hujan lebat and empangan limpah. so air naik sampai pinggir jalan highway. nasib baik selamat sampai.







Monday, February 21, 2022

yuk - TT

salam

sambil sambil kerja tengah takde patient and keyboard clinic ni plak keybaord mahal memang sedap nak type type so jom kita bercerita pasal anak kesayangan abah, si aidan.

disclaimer : all the posts in my blog sekadar ditulis supaya one day abah bleh baca balik and mengenang balik segala memori membesarkan awak sayang ku.

so aidan is deep in his teribble two phase. dalam phase ni aidan memang nak selongkar all his daily routine and intentionally nak buat sendiri semua rutin tu independantly, like soooo independantly.

awal awal tu kami tak perasan yang dia memang insist nak buat semua benda sendiri end up selalu trigger dia punya tantrum so awal awal pindah tu memang layan tantrum dia je. and he had very terrible tantrum. high pitch cry, so loud, tak bleh nak cool down and it lasts for almost an hour and continuous.

almost every step got tantrum. me and umi dia mati akal dah nak layankan tantrum dia. and i end up almost mengamuk few times because tak nak la self proclaim panas baran tapi ughhhhh and luckily umi aidan keep pesan me to cool down and dont get mad. so kadang2 umi dia kena layan tantrum si aidan and tantrum si abah sekali hahaha

and by time when we notice that aidan memang kaw kaw nak buat semua benda sendiri then we follow with his flow. we let he did all the things he wanna do himself and i mean every damn thing !

kalau hari yang dia wake up and full blown independant mode tu it will include dia nak turn on switch lampu bilik sendri, bukak baju seluar pmpers sendiri, bukak lampu toilet sendiri. bukak paip air sendiri, berus gigi sendiri, selek ubat gigi sendiri, sabun sendiri, tutup paip air sendiri, kilas tuala sendiri, and bila masuk bilik tu tak bleh lap badan dia yg basah tanpa kebenaran dia, memang kena request berkali kali untuk lapkan badan dia, dia nak ambik pampers senidir, unplastered sendiri, (nasib baik plaster pampers tu dia kasi abah buatkan) then pakai baju seluar bedak, sikat rambut semua sendiri.

harder part is, bukak lock pagar sendiri, unlock kereta sendiri (yang ni around 10 minit sebab lock tu very sensitive) unlock pagar, bukak pagar everythingggggg hahaha

very challenging nak nak hari yang umi abah kena gerak awal. alhamdulillah most of the time abah jarang shift start at 8 so sempat la nak settlekan aidan.

mind you, kalau lah ter langgar sop dia, ter buat benda yang dia nak buat sendiri memang definitely akan trigger tantrum dia. and kalau dia start tantrum memang gg la. dia akan repeat benda sama sambil menangis menjerit, mengamuk, dan kalau masa dia mengamuk tu dia terlanggar apa apa dia akan gigit that thing eventho benda tu adalah kerusi atau kabinet dapur. n everything got so mess up. haha

contohnya kalau tertutupkan paip tanpa kebenaran dia memang definitely dia akan bukak tutup bukak tutup countlessly hahaa sambil menjerit meraung dengan alunan lagu bersamamu as background. haha semua benda jadi tak kena haha

tapi since kami tahu yang dia cuma nak do his thing indepedantly kami follow je dia and at the end memang jarang tantrum dah, tapi memang menguji kesabaran la. 





later for more update 

aidan dan rutin

 assalamualaikum,  tergerak harini nak bukak blogspot beoma92. kisah pasal aidan. sekarang tengah study untuk medex. exam bulan lapan. tapi ...