Sunday, January 11, 2026

Aidan to the school !

Harini hari yang penuh emosi.

Harini first day aidan into first grade. Semalam pergi gunting rambut, the longer hair version of him has come to the end for the moment, marking an end of toddler phase. Now he is a bigger kid. 

6 years of roller coaster we wish no other parent would have to endure, but we were glad that it happened to us, because it passed, because the hard days has passed. and all the days that we were pushed so close to the edge but never fell, and the little hands never actually push us but was pulling us to the zone of becoming a better parent, and we were so thankful for it.

And that little hand shook our hands with a gentle kiss hence stepping to another world we so thankful to be able to witness. 

Thank you Allah. 

Saturday, December 13, 2025

sem 2

abah rasa terkejar kejar nak update blog, mostly sebab lupa dan sibuk. banyak sangat benda nak buat.

so abah rasa dalam kejarangan abah dapat update ni mostly abah summarisekan saja la apa dah jadi. actually banyak sangat benda jadi. but nampaknya tak bleh nak keep up apa jadi. kita ringkas ringkas kan jela ya. kena update sebab abah sayang memori memori ni. sekarang ni abah study dalam gelap, asyik terminum air penuh semut. haha itu pasal semua benda jadi lupa.

now abah baru balik dari terengganu, harini ada course MFM di hosza. semalam abah oncall, pagi tadi post call terus shoot ke terengganu. dua hari abah tinggalkan aidan. masa abah oncall semalam aidan pergi kuala krai dengan semua, umi tak balik sebab umi postcall semalam. harini dekat hosza, course mfm tu best sangat, banyak belajar, then abah sempat jumpa umi, minum dekat homs, sebelum abah bertolak balik. now aidan tengah main toys dia, entah masa mana dia nak tidur entahlah.

aidan ada pergi 3 test kemasukan sriti kubang kerian, pasir hor and tanah merah. alhamdulillah semua dapat. tapi kami decide dah, untuk kebaikan bersama, aidan akan school dekat tanah merah. dia pon happy sebab dapat stay around cousins dia. and will be my new journey ulang alik jauh sikit. looking forward.

October haritu abah present proposal untuk dissertation, last minute prof A tolong checkkan and suggestkan banyak benda so that dissertation abah lagi legit. so terkejar kejar lah abah semalaman tu lepak dekat coffee bean siapkan semua tu, malam nya sampai ke pagi sambung buat. walaupon lemau nak present sebab mengantuk tapi alhamdulillah diterima. thanks prof A.

not to forget 2-3 weeks ago abah sibuk dengan final exam clinical mmed year 4. everyday berkampung dalam bilik prof pa siapkan persiapan untuk exam. kumpul kes, call patients, buat summary, print all summaries and what not, dengan bantuan ramai usher, sampai weekend pon pakat pergi berkampung dalam bilik prof dengan sejuk bekunya. non stop coffees and pizzas menemani haha
days of exam pon amazing sangat, dapat tengok and rasa vibe exam, tengok pon dah rasa nak termuntah. and abah dapat drivekan lecturers pergi balik hotel. macam macam sembang and advises dorang bagi.
such an amazing experiences !

now dah masuk sem 2. wba macam haram banyak lagi nak kejar. team D kinda super nice, banyak belajar. klinik pon banyak. but should be okay. tengok la macam mana progress.


pjj ship sailing with missing my wife and kids a lots. rindu umi, rindu arissa, rindu aiyaz.
alhamdulillah weekly masih sempat jumpa. and hopefully we are strong. and thanks my wife for always reminding me with good advises and making sure we are strong in this journey.


Tuesday, September 23, 2025

team and kereta baru

harini penat sikit. fullday klinik sampai pukul 5 petang dari pagi. patient lebih seratus. mo dalam 5-6 ketul.  memang royal rumble dekat klinik tu. dengan penuh emosinya, ada yang mengundang kemarahan what not. menyakitkan hati jugak. but today has ended. overwhelmed but bearable. 
anyhow pagi tadi sempat buat first cbd dengan dr nik rafiza, wasnt a great session but managed to learn a lot and cant wait to improve. then pukul 11 tadi sempat jumpa supervisor untuk present draf research proposal. not much comment hopefully tak kena goreng next 3 weeks.

undur masa sikit. dalam sebulan lepas kot. we had hectic weeks. semua beradik ni pakat kena chicken pox. quite haywire. kami semua terpisah merata. tokma jaga arissa, abah jaga aidan aiyaz, umi dekat sana sorang2, alhamdulillah kami berdua tak kena chicken pox. arissa then sambung plak masuk ward sebab bronchiolitis. kehulu kehilir jadinya. but it ended after few weeks. exhausting but begitulah lumrah pjj. allah uji.

now in team C dah. seronok jugak banyak belajar. masuk ot pon makin best. laparoscopic all the way. i like. sooo many things to learn. this mastership program ni barely just few months tapi terasa lah kehangatan dan stresnya maybe sebab abah incampus kot. lain sikit. 

annnnd umi beli kereta baru ! tak sabar nak naik kereta baru umi

Monday, June 30, 2025

minggu yang sedikit sukar

 sebenarnya agak sukar tapi alhamdulillah semua selesai. nak fikir upcoming works yang banyak lagi ni. anyhow lets get to sleep after this, lepas abah update apa actually berlaku minggu ni. 


now abah baru sampai je sebenarnya dari terengganu. aidan tengah tidur lena. now pukul 11.57 pm. kali ni cuti agak lama. harini hari isnin and esok baru abah start kerja. cuti dari jumaat. sabtu pagi umi postcall tapi nampak shivering, abd pain some more. siap chills rigor. petang tu sempat lagi kita pergi pantai, kemain aidan enjoy mandi. ahad pagi abah cuti sebab ada hearing dekat makhamah. abah kena jadi saksi, kes yang sunat tu. tapi dikosongkan sesi haritu so abah balik terus la. 

petang tu umi kena admit for appendicitis. nasib baik la abah kena stay lagi untuk hearing session the next day so abah stay terengganu lagi. so dapatlah abah selesaikan korang 3 beradik. malam tu kita bawak baju persalinan umi. pastu kita g emart. 

pagi tadi hearing abah. 2 jam mak ai abah kena grill dengan lawyers. entah apa outcome tak tahulah. but i did my best.

alhamdulillah petang td umi discaj dah. ingat nak bawak balik aiyaz jugak tp takpela next time la ek.


hmmm


banyak kerja ni.

1. cbd cex osat abah satu benda pon tak start lagi.

2. proposal research abah oktober ni nak kena present dah. tak tahu lah tu.

3. tup tup perjanjian cuti belajar ni hah. adoila pening plan nak kena isi.

4. third week july ni abah mog orientasi.

study?? banyak lagi nak studyyyyyyyyyyyy !!!!!

Saturday, June 14, 2025

tentang makin dewasa

cuma abah nak cerita, tentang makin dewasa, tentang harus makin yakin.

semua perkara kita serah pada yang Esa. lately terasa banyak ujian buat umi abah.

siang malam digala fikir, macam mana nak harungi. strategi disusun, diatur, plan A sampai habis hurufnya. diatur untuk setiap seorang kamu. 

aidan, aiyaz dan arissa.

bila langkap dititip disetiap jejaknya, terkadang sekadar jauh terpesong, tapi rupanya di jalan yang masih cantik. terkadang disergah dugaan lain yang membuka pintu resah, hanya untuk diuji, yakinkah hamba ini pada Allah yang menentukan segalanya.


tapi tetaplah harus sama sama duduk mengatur, walau pada akhirnya tetap kita biar pada Dia.

Wednesday, June 4, 2025

bad day- not even started yet.

 awal update sebab harini rasa mixed feeling.

bermula dengan pagi yang teruk walaupon harini bukannya ada round pon. pagi ni aidan tak nak bangun. abah ni bukan apa, semacam PTSD kot, walaupon supposedly manageable je, and by right abah tak perlu emosi sangat tapi bila aidan merengek rengek and pujuk macam mana pon semua tak makan saman, and eventually tak pelru bimbang lewat but, abah jadi anxious, sebab abah tahu hari hari lain tak bleh macam ni, tak leh nak lambat2 dah, sharp 6.45pagi kita kena turun and be on the road dah. what if hari lain aidan buat perangai macam ni jugak. mati lah nak.


so, abah mengamuk.


mengamuk, naik angin. marah marah. jerit.

semua


aidan dah nangis teruk dah. walaupon berjaya bawak pergi bilik air tapi abah dah kena rasuk.

selesai mandi. aidan dah siap, abah dah mai migraine dia dah. denyut2 kepala ntah kenapa lah. stress headache kot. makanya 7.30 pagi dah telan celebrex.

atas kereta aidan senyum2 dah, macam biasa lah dia, kadang dia affected. kadang dia macam tak teringat dia dah buat hal. 


so resultnya seharian lah abah moody. sebab rasa bersalah, bila dah come into sense sikit abah datang sedar. i should have able to manage it calmly. but nope, nasi dah jadi bubur dah. i had let devil take over.

i think another factor is  we are living with our family now. lain lah. definitely lain.


haihhhhhh, i hate today, petang tadi ambik aidan jalan jalan pusing mydin.

belikan gula gula favourite dia. we picked a spot in the middle of slow crowd, then i grab his hand and talk. 

cakap kat dia , esok kena bangun awal and bla bla.


haihhhhh

Tuesday, June 3, 2025

mmed begin

Harini hari ke tiga abah sebagai siswazah sarjana muda di HPUSM. ataupon nama omputihnya postgradute student lah. dah jadi student balik dah nampaknya. dan harini merupakan hari pertama abah dan umi PJJ. walaupon memang akan tiba masanya namun tak dijangka terpaksa kami juga kami hadapi.

semalam umi drive sorang diri ditemani aiyaz dan arissa dalam kereta. pukul 9 malam bertolak dari kota bharu. tiba di tok beng dalam pukul 12 malam. alhamdulillah umi update katanya tidur lena si aiyaz nasib baik tak terkencing atas carseat. arissa pulak baru sedar masa dekat unisza je. so kira okay la.

-------


dekat sini round start around 7.15 pagi, memang rushing. kena kejutkan aidan awal awal mandikan siap siap dan naik kereta. on the road tu jalan gelap lagi. 6.45 am dah start kereta. kalau zaman ho dulu takpela sebab sorang2 ni dah kena bawak anak sekali. masa nak drop di school tu takde orang pon lagi. tadi even teacher pon baru sampai. kesian plak. pesan dekat dia suruh tidur dulu tadi. nanti pukul 8 dah ramai orang baru bangun.

-------

then rush2 ke usm pakai google map. haram satu jalan pon tak ingat nak lalu kot mana haha.

tu cerita abah la. umi pon mesti susah dekat rumah. nak settle kan si aiyaz dan arissa. hopefully aiyaz manageable lah. 


maybe this is one part of the hurdle and obstacle we need to come through. hopefully its gonna be worth it soon.

sabarlah sayang.

Aidan to the school !

Harini hari yang penuh emosi. Harini first day aidan into first grade. Semalam pergi gunting rambut, the longer hair version of him has come...