Wednesday, February 5, 2025

Belukar dalam sangkar otak kecil

salam


now abah rasa nak menulis, berat kepala menampung. haha

orang kata, umur 30 hingg 40 adalah dekad di mana seseorang akan di uji. dan bila mencecah 40 tahun maka datang lah kematangannnya setelah apa yang diuji tu berjaya dia atasi dan hadapi.


sekarang masuk 33 tahun umur abah. sekarang ni penat sangat. banyak sangat benda. bersimpang siur memikirkannya. diuji dan diuji. inshaallah abah gagah atasi.

cuma rasa macam nak menukil disini. sebab abah yakin pastinya satu hari nanti abah pasti berjaya dan akan cecah umur 40 itu dan hari itu abah nak tengok balik, perincian sebagaimana gilanya hari muda itu.

status sekarang ni, abah baru lapor diri jadi pensyarah perubatan pelatih, 15 januari lepas. setelah setahun di hosza sebagai service mo. sekarang abah tengah tunggu application master programme untuk o&G. ni belom masuk master lagi ni dah berat kepala otak haha.


cumanya abah sedikit bimbang lah. sebab bila masuk master programme, most probably kena pjj. arissa aileen plak baru sebulan umurnya harini. nanti umur dia 6 bulan tu abah start pjj. selama 4 tahun inshaallah. tak tahulah macam mana umi nya nak hadapi. banyak cara dah kami fikir dan sedang nak bersedia. pembantu rumah lah, support luar la. umi oncall nanti entah macam mananya. aidan pulak nak masuk dajah satu dah tahun depan. macam mana ea future ammar? apa jadi ea?

application slab belom isi, tapi ada sedikit kebimbangan lah, sebab isu JPA belum selesai, tergantung. inshallah next week abah start hantar pindaan.

harapnya smooth sahaja lah.

ada benda lagi serabut. 

next week abah masuk court. sebab isu perbicaraan kes saman sunat tu baru nak start. sekali dengan Im nanti. few days ago baru jumpa lawyer. dapat briefing untuk jadi saksi nanti. tu nanti abah update la apa jadi entah. selesai defamation tu nanti akan terus sambung dengan medical negligence. entah bila nak selesai pon tak tahu. kepala otak abah ni dah penat pikir haha

lagi best, pagi tadi baru dapat tahu. rupanya abah salah isi efiling haritu, tengok tengok ada outstanding balance kena bayar dekat rm6700++. nasib la jugak bukak check, kalau tak mau kena denda sebab lewat selesai. baru selesai mohon bayaran ansuran. harapnya dipermudah la. 

gaji abah ni cenggitu jela. masa duk swasta haritu mau la 10k. ni separuh je bersih bersih. alhamdulillah masuk trainee ni naik sikit tapi elaun jela. inshallah Allah ada kan?

sebenarnya benda benda camtu okay je kot, cuma sekarang penat sikit sebab abah banyak portfolio and tugas hospital. biasa la kan.

abah buat list ni berderet deret kerja haha. tugas pencari kes untuk exam la, nak prepare utk bengkel sekolah rendah di redang la, OGHS tak blast blast sampai kesudah. CNP tak buat lagi. CV tak update lagi. akaun duit kome kome pon x beres lagi.


abah tak salahkan awak awak. awak awak anak baik tapi sekarang tengah struggle nya sebab malam malam tu awak tak kasi can abah nak buat kerja. haduhla, nak tidurkan awak pon mau dua jam. dah tidur tu pukul 12 lebih dah panggil2 abah nangis2 bagai. tak bleh nak hadap buku laptop pon haha. abah memang all time edgy nak mengamuk je.

tapi sambil rasa nak marah bila tengok muka anak anak abah yang mengantuk merengek dalam gelap tu kadang abah rasa kesian plak. anak abah comel-comel, baik baik semua. aidan tak brona macam dulu dah. jauh baik dah sekarang. nak tak nak tu ada je lagi tapi paham je, bila mai trigger dia tu so macam appropriate jgk la. aiyaz tu cenggitula. memang terpaling second child syndrome. kau punya mengejek abangnya, dengan perangai kau nya macam macam lah hahahaha

saborrrr je. 


tapi abah sayannnnnng kamu semua. haha tersenyum2 abah duk menaip ni.

kadang terfikir nanti kamu baca kot abah tulis ni, tapi mesti kelakar kan. abah tengah buat apa masa ni? nanti datang dekat abah, kalau abah masih hidup, bisik dekat telinga abah, tell me ...everything is worth it.

Aidan to the school !

Harini hari yang penuh emosi. Harini first day aidan into first grade. Semalam pergi gunting rambut, the longer hair version of him has come...